Buat sementara, Kafa menggunakan khidmat Yusri Che Lah sebagai pemangku jurulatih pasukan TRW. Biarpun terdapat desas desus bahawa beberapa nama besar jurulatih dari dalam dan luar negara kini dalam senarai pertimbangan Kafa, namun ia tidak semudah itu untuk persatuan tersebut memutuskan calon terbaik memikul tugas berat mengendalikan TRW.

Pendapat saya, tidak salah sekiranya Yusri yang berasal dari Perlis itu diserap menjadi jurulatih rasmi andai mampu menggalas tanggungjawab sebagai jurulatih berkaliber. Pun begitu masih terlalu awal untuk Kafa menilai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) seseorang jurulatih, melainkan kewibawaan mereka terbukti dalam beberapa perlawanan dilalui TRW.

Selaku penyokong kuat TRW, saya ingin mencadangkan agar pengurusan Kafa meletakkan syarat KPI bagi pelantikan jurulatih TRW. Sebagai contoh, jika TRW kalah dalam tiga perlawanan Liga Super secara berturut-turut, maka jurulatih berkenaan secara automatik perlu meletak jawatan.

OUI BIN SAL
Tanah Merah, Kelantan