Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Sungai Bayan Lepas tercemar

SAUDARA PENGARANG, PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah pencemaran Sungai Keluang dan Sungai Nipah dekat Bayan Lepas yang serius ketika ini.

Keadaan yang berlarutan sejak lebih 10 tahun lalu itu bukan sahaja menyebabkan air kedua-dua sungai tersebut menjadi hitam pekat dan berlumpur malah kelihatan kotor serta jijik di samping menimbulkan bau busuk dan meloyakan.

Masalah ini berlaku disebabkan pembuangan sisa dari kilang industri, kediaman penduduk, premis perniagaan, bengkel, najis binatang dan najis manusia. Berikutan itu kedua-dua sungai tersebut mati di bahagian hilir tanpa terdapat apa-apa spesies hidupan di dalamnya.

Tinjauan CAP mendapati air sungai berkenaan berminyak serta berlumpur dan di permukaannya dipenuhi sampah sarap serta berbagai bahan buangan yang mendap di dalamnya.

CAP juga terperanjat kerana mendapati ada penduduk yang tinggal di kawasan jeti nelayan Sungai Keluang membina tandas dan membuang najis ke dalam sungai tersebut.

Kami bimbang jika keadaan ini dibiarkan berterusan bakal menyebabkan pencemaran sungai-sungai tersebut akan semakin teruk dan boleh menjejaskan kesihatan orang ramai serta mengancam hidupan laut.

CAP menggesa Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Kesihatan menjalankan siasatan dan membuat pemantauan yang kerap bagi memastikan pengusaha kilang industri mematuhi peraturan-peraturan yang termaktub di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 sementara orang awam pula tidak membuang sisa kotoran dan najis ke dalam sungai dengan sewenang-wenangnya.

Kami kesal dengan kejadian ini dan berharap kerajaan Pulau Pinang, pihak berkuasa tempatan, jabatan serta agensi berwajib memainkan peranan lebih berkesan termasuk menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada dengan tegas.

S.M. MOHAMED IDRIS

Presiden CAP

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain