Kadar dua peratus potongan daripada gaji suami juga rasanya agak rendah tetapi mungkin itu cuma permulaan. Saya cadangkan kadar minimum lima peratus daripada gaji suami berdasarkan fahaman ‘duit suami hak isteri, duit 
isteri hak isteri’.

Pengorbanan besar suri rumah menghabiskan hayat dan masa menjaga rumah tangga khususnya anak-anak perlu dihargai dan langkah ini cuma satu nilai kecil ke arah mengiktiraf sumbangan suri rumah kepada keluarga dan juga negara.

Tanpa mereka yang menjadi suri rumah, mungkin ramai anak-anak generasi pelapis tidak menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara.

 

SAYANG ISTERI

Gombak, Selangor