Susulan tindakan itu, pemilik restoran tersebut membuat laporan polis ke atas individu yang bertindak keterlaluan itu.

Insiden tersebut juga mengundang kemarahan orang ramai yang turut mengecam individu yang menampar itu sedangkan pekerja terbabit hanya mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan.

Walau bagaimanapun, kecaman netizen bertukar kepada pemilik restoran itu pula selepas salinan laporan polis itu tular di media sosial. Dalam laporan polis itu telah mendedahkan identiti sebenar pemilik restoran berkenaan yang rupa-rupanya bukanlah seorang yang beragama Islam, sebaliknya beragama Hindu yang menjalankan perniagaan makanan untuk orang Islam. Lebih menjijikkan, restoran tersebut tidak bersih selain menggunakan bahan-bahan makanan tidak halal.

Rata-rata netizen berang dengan pemilik beragama Hindu itu yang selama ini mengaut keuntungan secara menipu dan mengaburi pelanggan dengan meletakkan nama Islam pada restorannya.

Ramai percaya banyak lagi pengusaha restoran mamak lain yang berselindung di sebalik nama Islam. Mereka beragama Hindu tetapi berperwatakan seperti seorang Islam. Dengan hanya berkopiah dan restoran pula dihiaskan dengan ayat-ayat suci al-Quran, ia benar-benar mengelirukan pelanggan Islam.

Rata-rata netizen berterima kasih kepada individu yang telah menampar pekerja di restoran tersebut kerana perbuatan itu telah mendedahkan penipuan pemilik restoran tersebut. Justeru, kita berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha-pengusaha restoran dengan melakukan pemeriksaan bagi menjaga kesucian agama sekali gus mengelak orang Islam memakan sesuatu yang tidak halal.

MOHD. FAISAL

Kota Bharu, Kelantan