Cukup-cukuplah memberi peluang kerana jumlah PATI di negara ini semakin hari semakin ramai. Ambil tindakan tegas terhadap majikan yang menggaji PATI khususnya dengan hukuman penjara, bukan sekadar denda kecil yang pastinya mampu dibayar tauke-tauke besar ini.

Saya perhatikan PATI sekarang bukan sahaja berani bergerak dan bekerja secara terbuka malah membawa ibu bapa, pasangan dan anak-anak mereka masuk secara haram dan tinggal bebas di negara ini.

Bayangkan jika satu hari kelak generasi kedua PATI ini menuntut hak kerakyatan di bawah Jus Soli maka penduduk pribumi akan menjadi minoriti di bumi sendiri seperti mana yang berlaku di negara jiran kita.

ANTI-PATI

Kuala Lumpur