Bukannya mahu menghalang kepercayaan agama tertentu sebaliknya menyekat pihak terbabit menjejaskan ekosistem sungai tempatan sehinggakan ikan tempatan mahupun udang galah semakin pupus.

Spesies ikan keli asing menjadi pilihan mereka kerana lebih tahan dan murah berbanding ikan mahupun hidupan lain dalam upacara keagamaan tersebut.

Ikan keli ini didapati memakan semua jenis hidupan khususnya anak ikan dan udang tempatan menyebabkan spesies tempatan semakin terancam dan kini sukar ditemui nelayan tempatan.

Walaupun banyak didedahkan di media sosial, aktiviti ini masih berterusan khususnya di kawasan pedalaman.

Pihak berwajib perlu pantau pusat ternakan keli mahukan ternakan ikan spesies asing lain bagi memastikan hasil tuaian mereka hanya dijual di pasar dan tidak dilepaskan ke sungai.

PENCINTA ALAM

Rompin, Pahang