Nampaknya ‘peperangan’ antara Jho Low dengan kepemimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah masuki episod yang menarik.

Selama ini rakyat Malaysia disogok dengan cerita-cerita yang mengatakan Jho Low telah mencuri wang 1MDB.

Membeli harta seperti kapal The Equanimity dan sebuah kapal terbang yang masih berada di Singapura. Persoalannya pada April lalu makhmah di Indonesia telah memutuskan bahawa kapal tersebut tiada kaitan dengan 1MDB.

Mahkamah di Amerika Syarikat juga belum memutuskan demikian kecuali Jabatan Kehakiman (DOJ) bermain politik juga dengan isu ini.

Peliknya isu kapal tersebut telah dibicara dalam media sosial. Keputusannya telah dijatuhkan hukum bahawa kerajaan hendak menjualnya.

Ini benar apa yang dinyatakan oleh Jho Low bahawa hukuman ditentukan lebih awal oleh keputusan politik dan kepentingan diri.

Sejak akhir-akhir ini rakyat disogokkan dengan cerita bekas Perdana Menteri telah mencuri dan mencuri wang 1MDB tetapi pendakwaannya tidak pula dibuat sehingga hari ini.

Menteri Kewangan juga berbuat demikian dan sudah nampak seperti ‘kuah melebihi sudu’. Rakyat ingin tahu apa cerita sebenarnya.

Maka keputusan Jho Low tidak pulang ke Malaysia berbanding nasihat kebanyakan ahli Parlimen adalah satu tindakan bijak dan betul. Rakyat menyokongnya kecuali mereka yang tidak menerima hakikat kebenaran yang ada.

Ini kerana pihak kuasa yang sepatutnya membuat siasatan dan tangkapan lebih berminat bermain ‘politik’ berbanding menjalankan tugas dengan amanah, cekap dan bersih!

Satu cadangan dan rakyat ingin tahu sama ada akhbar Malaysia Today atau apa juga saluran berita membuat liputan khas bertemu ramah dengan Jho Low sendiri mendedahkan apa sebenarnya telah berlaku dan disiarkan melalui media sosial atau akhbar tempatan.

Persoalannya semua berita benar telah disekat oleh kerajaan memerintah. Inilah persoalan yang perlu diuraikan sedangkan janji PH 100 masih tidak menjadi.

ZULKAS

Kg.Tengah, Ayer Baloi