Memang ada satu atau dua perkara yang sudah dilaksanakan seperti menghapuskan cukai barang dan perkhidmatan (GST) tetapi diganti pula dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dikitar semula.

Paling memeningkan bila kebanyakan kenyataan dan keputusan dibuat pusingan U. Lebih teruk lagi menteri-menteri juga boleh ‘memusingkan’ keputusan Perdana Menteri seperti dalam isu pembatalan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan larangan pembelian rumah oleh warga asing.

Dalam menanti perancangan masa depan di bawah kepimpinan baharu ini, rata-rata pemimpin negeri dan negara nampaknya sekadar ‘menjenamakan semula’ atau cuma menukar nama produk dan inisiatif pemimpin terdahulu.

Pi mai pi mai tang tu juga, mungkin anggota kerajaan baru ini sebenarnya masih rindukan kedudukan mereka sebagai pembangkang seperti dahulu.

PENING LALAT