Fenomena yang berlaku akhir-akhir ini amat membimbangkan apabila manusia hilang nilai kemanusiaan serta hilang sifat malu hingga menyaksikan ada yang sanggup memukul orang tua tanpa belas kasihan. Ada juga yang melakukan aksi ghairah di hadapan orang ramai tanpa segan silu dan rasa bersalah.

Jika dilihat kepada situasi ini, menunjukkan kurangnya penghayatan terhadap nilai, norma dan agama dalam masyarakat kita pada hari ini. Apabila nilai-nilai kemanusiaan sudah hilang dalam hati dan jiwa manusia maka akan timbullah perasaan negatif yang tidak baik hingga memukul, hilang rasa malu dalam diri dan sebagainya.

Nilai dan norma sosial memiliki peranan penting dalam setiap masyarakat beradab. Hal ini penting kerana nilai dan norma tersebut berfungsi untuk mengatur tata kehidupan setiap anggota masyarakat sebagai makhluk sosial.

Oleh itu, manusia terutamanya umat Islam perlu kembali kepada asas-asas ini bagi mendidik hati dan jiwa dengan nilai-nilai kemanusiaan.

MUHAMMAD 
HELMI IBRAHIM

Nilai