Lebih sayu bila menteri berwajib juga seolah-olah tidak mempertahankan penjawat awam itu sedangkan dia cuma bercakap benar berdasarkan pengalaman kerja bertahun-tahun membantu merawat pesakit termasuk golongan LGBT.

Namun, itulah trend semasa yang terpaksa dihadapi rakyat Malaysia. LGBT cuba dihalalkan tetapi pada masa sama golongan ‘hak asasi’ ini cuba mengharamkan perkara halal seperti poligami.

Saya berani jamin jika persoalan poligami ditanya kepada golongan yang mempertahankan LGBT, pasti mereka melenting atau ‘sentap’ kerana nurani mereka sudah lama mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram.

Golongan ini lebih rela menghalalkan zina apatah lagi hubungan sejenis mahu pun menukar jantina daripada menerima poligami. Jangankan poligami, bertudung pun mereka labelkan sebagai satu penganiayaan terhadap wanita.

Mereka ini tidak kisah jika ada pasangan yang mahu mengamalkan seks bebas, bersekedudukan, berpakaian seperti pelacur, beraksi lucah di tempat awam atau apa sahaja atas dasar itu hak asasi individu.

Bagaimanapun, hujah hak asasi tidak boleh pula digunakan dalam isu berpoligami.

Suami dilabel gila seks, isteri tua dikatakan pak turut, isteri muda dituduh perampas.

Saya cuma mahu membuat perbandingan, bukannya menyeru semua lelaki berpoligami kerana sunah Nabi itu juga mempunyai syarat-syaratnya, bukan boleh ‘sondol’ sesuka hati seperti tuntutan LGBT.

Isunya, kenapa mahu halalkan yang haram jika diri sendiri tidak boleh terima apa yang halal?

Tiada bezanya dengan LGBT yang mahukan orang lain sebagai ‘diri’ mereka sekarang sedangkan diri sendiri tidak boleh terima ‘diri’ mereka yang azali.

 

NURSE JOYAH

Kota Bharu, Kelantan