Persatuan-persatuan artis perlu mendidik ahli mereka khususnya artis baharu dalam hal ehwal pengurusan kewangan kerana bidang kerja mereka bukannya mempunyai gaji tetap tetapi bergantung kepada populariti dan tawaran kerja.

Ini sangat penting bagi artis baharu yang bergiat aktif selepas tamat sekolah menengah dan masih kurang ilmu pengurusan kewangan.

Adakan kursus pengurusan kewangan supaya ahli persatuan berhemah menyimpan, melabur dan berbelanja untuk jangka panjang agar tiada lagi anak seni tempatan meninggal dunia dalam keadaan daif.

Tambahan pula golongan artis menjadi ikon contoh kepada anak muda dan sikap negatif dalam menguruskan kewangan mereka boleh menjadi ikutan khususnya berbelanja untuk barang berjenama melampaui kemampuan sendiri.

PEMINAT SETIA

Kuantan, Pahang