Apa yang pasti warga asing yang memegang pas pekerja tidak boleh dibenarkan terbabit dalam perniagaan runcit, menjaja kecil-kecilan, pembekal perkhidmatan atau menjadi kontraktor pembinaan. Rakyat tempatan terpaksa menerima tempiasnya kerana saingan yang hebat daripada peniaga asing hingga terpaksa menutup perniagaan. Peniaga asing ini amat agresif dan bertindak secara kolektif dengan peniaga asing lain daripada segi penawaran harga.

Lambakan peniaga asing jika tidak ditangani segera dibimbangi akan membawa kesan buruk dari segi ekonomi dan sosial.

Masalah yang dihadapi oleh pihak berkuasa dalam menangani hal ini adalah warga asing ini menyewa lesen dan premis perniagaan milik rakyat tempatan. Tidak kurang yang ’meminjam’ nama rakyat Malaysia sebagai rakan kongsi untuk membuka syarikat perniagaan dan kontraktor.

Sudah tiba masanya pihak kerajaan menggubal peraturan dan akta baru bagi menangani kes warga tempatan yang mengalibabakan perniagaan kepada warga asing. Disarankan agar hukuman yang lebih berat dikenakan sebagai pengajaran kerana tindakan pembatalan lesen gagal memberi mencegah aktiviti ini.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) perlu melihat menilai semula syarat-syarat untuk membuka syarikat perniagaan di negara ini. asing.

M.FAISAL

Kuala Lumpur