Paling utama, sediakan tandas khas untuk LGBT sahaja atau buka tanda orang kurang upaya (OKU) kepada mereka supaya tiada kekeliruan mahupun ‘jeritan’ sekiranya ada yang ‘jantan’ masuk tandas perempuan atau memakai gaun masuk tandas lelaki.

Perubahan ini bukan sahaja untuk tandas awam tetapi di semua bangunan tidak kira bangunan kerajaan atau swasta bagi mengelakkan rakyat terkejut dengan ‘Malaysia Baharu’.

Sudah beberapa kali saya terserempak dengan LGBT yang ‘kencing berdiri’ dalam tandas lelaki khususnya di Kuala Lumpur. Tidak pasti mahu berasa gerun, pelik atau lucu melihatkan situasi itu. Apatah lagi pening mahu menjelaskan kepada anak-anak kecil apa yang mereka lihat di dalam tandas itu.

Begitu juga tempat duduk dalam pengangkutan awam khususnya bas atau koc tren. Tolong asingkan tempat duduk lelaki, wanita dan LGBT supaya tidak ada yang dituduh ‘mencabuli’ atau berlaku gangguan seksual pula khususnya dalam koc wanita.

Mungkin juga sesuai untuk sediakan koc tren khas LGBT supaya tidak ada kekeliruan. Pasti tidak ada lelaki warga asing berani memasukinya atau cuba mengambil kesempatan selepas ini.

BAPA TUNGGAL

Putrajaya