Ini kerana penyampaian Syamsul Amri Ismail sangat berbeza dengan penceramah lain dan pendekatannya mudah difahami. Malah, saya kira kalau ada anak muda yang tersasar jauh daripada landasan agama pasti boleh tercuit dengan gaya sinikal yang dipersembahkan pada kaca televisyen.

Saya sempat mengikuti rancangan Syamsul Debat selama semusim dan kerana tidak puas, saya mengulangi menontonnya melalui YouTube. Dengan gaya yang pekat menuturkan dialek Negeri Sembilan, diselang-seli jenaka dan diadun dengan isi penting sesuatu tajuk, saya kira Syamsul Amri adalah satu dalam sejuta.

Baik isu alam rumah tangga dan jiran tetangga, caranya mengupas topik sangat santai dan sampai kepada khalayak penonton.

Oleh itu, saya meminta jasa baik TV Al Hijrah, kembalikan semula rancangan tersebut atau benar dakwaan yang berlegar baru-baru ini, Syamsul Amri digam oleh kerajaan?

Jika benar dakwaan itu, saya amat sedih kerana tidak pernah keluar daripada mulut beliau sepanjang ceramah yang menyentuh soal politik, sebaliknya hanya peringatan kepada umat akhir zaman.

IRHAMAH ZAINIYAH

Kuala Lumpur