Hakikatnya, dari Utara Perak hingga ke Perlis pun masih menunggu kemajuan seperti mana penduduk di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak.

Pentadbiran Perdana Menteri keempat memang hanya menumpukan pembangunan di Lembah Klang dan sedikit limpahan di Selatan Johor.

Hanya Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilihat cuba menyamaratakan pembangunan negeri-negeri khususnya di Sabah dan Sarawak.

Oleh itu, rakan-rakan di Pantai Timur janganlah merajuk. Nasib kita serupa. kita tunggu dan lihat sahaja apa perancangan kerajaan baharu untuk negeri-negeri di luar Lembah Klang kelak.

Jika tiada, luahkan perasaan melalui peti undi PRU-15.

RIDHUAN HASAN

Kuala Ketil, Kedah