Bagaimanapun, promosi hebat ini hanya bertahan selama enam hari sehingga 6 Julai 2018, jauh lebih awal dari jangka masa promosi yang sepatutnya iaitu sehingga 30 September 2018.

Walaupun ada pihak memberikan alasan bahawa rakan strategi mereka yang memutuskan untuk tidak meneruskan promosi itu, tindakan dan keputusan mereka dilihat sebagai satu keputusan yang boleh menjejaskan reputasi Starbucks di negara ini.

Bak kata pepatah, ‘Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai’. Pembatalan promosi mega yang seharusnya berlangsung selama hampir tiga bulan itu mengecewakan ramai penggemar kopi.

Ramai pelanggan yang bergegas untuk mendapatkan atau menikmati promosi yang telah ditawarkan tetapi hampa apabila diberitahu tawaran itu telah diberhentikan secara tiba-tiba.

Setelah melangkah masuk ke dalam premis kedai, kebanyakan mereka tidak akan pulang dengan tangan kosong dan tetap membeli minuman sekalipun membayar harga penuh. Tetapi, mereka keluar dengan satu perasaan marah dan kecewa terhadap Starbucks.

Sudah pasti jenama Starbucks itu sendiri telah terpalit dengan keputusan ini. Saya sendiri sudah berasa ‘berjauh hati’ untuk masuk semula ke premis Starbucks buat masa ini.

DAFA

Melaka