Sebagai menteri berwajib, Gobind perlu menghentikan tabiat sesetengah pihak menghina bangsa dan agama lain dalam media sosial mahu pun portal berita sedangkan tiada kaitan dengan bangsa mahu pun agama sendiri.

Paling teruk menerima hinaan siber ini adalah orang Melayu dan agama Islam. Lihat sahaja perihal tudung pramugari baru-baru ini, begitu ramai orang bukan Islam menghina tuntutan agama kami malah mengaitkan tudung dengan aktiviti pengganas.

Begitu juga jawapan menghina isu tudung daripada menteri pengangkutan yang bukan beragama Islam serta melabel Melayu sebagai pendatang oleh Menteri Sumber Manusia.

Gobind juga dilihat gagal mengambil tindakan terhadap individu dan kumpulan yang menghina Yang di-Pertuan Agong susulan fitnah kononnya Seri Paduka enggan membenarkan Tun Dr. Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Seri Paduka dan raja-raja Melayu sekali lagi dihina ketika kontroversi pelantikan Peguam Negara baharu tetapi sekali lagi Gobind ‘senyap’ sahaja.

Ini memberi gambaran sesiapa sahaja boleh mengutuk dan menghina orang lain tanpa perlu risau dikenakan sebarang tindakan. Ambil berat kedudukan raja, bangsa mahu pun agama, jangan biarkan orang lain bebas menghina.

“Kebebasan’ melampau ini boleh menyebabkan huru-hara dalam masyarakat majmuk di negara ini.

Adakah Gobind akan kekal berdiam diri jika bangsa dan agamanya dihina sedemikian?

Jika dibiarkan, mungkin tidak lama lagi kita dapat saksikan sendiri reaksi beliau.

PENGUNDI PH

Puchong, Selangor