Sehubungan itu, pihak JPA akan membuat semakan dan siasatan terperinci terhadap dakwaan yang diutarakan.

Pihak JPA juga berharap agar pihak pengadu dapat tampil dan berhubung dengan pihak JPA bagi mengenal pasti isu dibangkitkan pengadu.

JPA sentiasa mengutamakan aspek integriti yang tinggi terhadap pegawai-pegawai yang melaksanakan tugas dengan mengikut peraturan dan norma kerja yang telah ditetapkan dari semasa ke semasa.

JPA

Putrajaya