Sekalipun isu mengenai asap vape masih dalam kajian dan hanya beberapa penemuaan awal menunjukkan bahaya asap vape kepada perokok, sekurang-kurangnya pihak berkuasa perlu mengiktiraf apa jua bentuk asap akan mengganggu orang awam.

Tidak kisah asap rokok, vape, lori, jentera berat mahupun pembakaran terbuka, semua jenis asap mengganggu pernafasan, khususnya terhadap kanak-kanak dan bayi.

Harap Kementerian Kesihatan meluaskan larangan merokok kepada vape di tempat terbuka atau pastikan hanya di sudut khas sahaja perokok vape boleh ‘melepaskan gian’.

NURUL HUSNA

Kuala Lumpur