Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Integrasi pendidikan STEM dengan dunia sebenar

PENDIDIKAN STEM tidak boleh berdiri sendiri sebagai disiplin yang
PENDIDIKAN STEM tidak boleh berdiri sendiri sebagai disiplin yang terasing sebaliknya harus diintegrasikan dengan dunia sebenar. GAMBAR HIASAN/BERNAMA

SUDAH sampai masanya pihak sekolah dibenarkan mengadakan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat-syarikat bagi memastikan pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Ini bermaksud pendidikan STEM tidak boleh berdiri sendiri sebagai disiplin yang terasing sebaliknya harus diintegrasikan dengan dunia sebenar.

Pendidikan berasaskan kelas tradisional yang berorientasikan pemusatan kepada guru perlu diubah kepada konsep baharu yang mengutamakan pelajar banyak bertanya. Mereka harus belajar untuk mencari penyelesaian kepada permasalahan dunia sebenar.

Bagi memastikan pendidikan STEM benar-benar dapat menarik minat pelajar, kaedah pengajaran pasif di dalam bilik darjah perlu diubah kepada pembelajaran aktif yang mementingkan idea-idea kreatif dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

PROF. MADYA 
DR. EFFANDI ZAKARIA

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain