Walaupun ringkas tetapi amat bermakna sekali kepada semua 222 Ahli Parlimen yang hadir pada perasmian Persidangan Dewan Rakyat itu.

Titah peringatan baginda walaupun dilihat ringkas tetapi penting agar setiap Ahli Parlimen perlu faham dan cakna dengan tugas serta tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat untuk berada di dalam Dewan sepanjang Parlimen bersidang.

Sebarang ketidakpuasan hati Ahli Parlimen perlu dibahaskan dalam Dewan Rakyat secara berhemah dan matang, bukannya dengan cara memboikot atau meninggalkan Dewan yang masih bersidang.

Gunakan saluran yang betul untuk berbahas, bukannya berperangai keanak-anakan ketika menghadapi situasi persidangan perbahasan hangat.

Semua Ahli Parlimen perlu lebih profesional dan lebih tertib ketika mengeluarkan kata-kata dalam sidang Dewan Rakyat kerana dunia sedang mengikuti perkembangan persidangan Parlimen yang julung kali diterajui oleh kerajaan baharu.

Tahniah kepada Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman kerana bertindak profesional dengan tidak keluar Dewan.



OUI SAL

Tanah Merah, Kelantan