Perpecahan umat Melayu selama ini sebenarnya melemahkan orang Melayu itu sendiri akibat daripada adu domba dan fitnah secara halus daripada pihak bukan Melayu yang telah mengeksploitasi kelemahan orang Melayu setelah mengkaji sikap bangsa ini.

Yayasan Nusantara Malaysia menyokong penuh perhimpunan ini yang menyasarkan sejuta orang akan turun bagi menunjukkan penyatuan mereka dalam usaha menolak ICERD atau Malayan Union alaf baru yang bakal memperkosa hak dan keistimewaan orang Melayu.

Kami menyeru semua orang Melayu beragama Islam termasuk orang Islam daripada kaum lain supaya turun menunjukkan kebersatuan serta semangat mempertahankan Melayu, Islam dan kontrak sosial yang telah memberikan bangsa Cina dan India yang dibawa masuk oleh British menjadi warganegara Malaysia sebagai pertukaran kepada kemerdekaan yang diberikan British kepada Tanah Melayu.

Walaupun kerajaan Pakatan Harapan mengumumkan tidak akan meratifikasi ICERD, tetapi rata-rata rakyat terutamanya orang Melayu tidak begitu mempercayai janji-janji manis kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Ini kerana banyak janji-janji pilihan raya umum baru-baru ini pun tidak ditunaikan termasuk janji menghapuskan tol.

Kenapa kerajaan Malaysia Baharu yang majoritinya diundi oleh kaum Cina dan India ini begitu takut kepada penyatuan Melayu untuk membela agama, bangsa dan tanah air?

Perhimpunan ini merupakan manifestasi Melayu Islam untuk turun berhimpun sebagai membela hak dan kepentingan umat di tanah Melayu ini.

Perhimpunan ini akan diadakan secara aman dan tidak mengancam keselamatan negara atau bersifat rasis. Belia-belia Melayu sebenarnya sudah muak melihat senario politik tanah air dan memilih untuk tidak mendaftar sebagai pengundi dalam pilihan raya umum.

Ini adalah satu perkara yang merugikan kerana bangsa lain iaitu minoriti Cina dan India begitu aktif mendaftar kaum mereka sebagai pengundi.

NADURA KAMARULZAMAN

Yayasan Nusantara Malaysia