Caj-caj itu tercatat dalam borang permohonan Auto Finance Customer Service Request Form yang dikeluarkan bank berkenaan.

Caj dikenakan oleh RHB adalah antara RM22 hingga RM30 setiap dokumen yang dipohon oleh pelanggan.

Sebagai pelanggan yang mengikat kontrak pinjaman kereta sehingga sembilan tahun, adalah tidak munasabah RHB menekan pelanggan mereka dengan mengenakan caj bagi setiap penyata atau dokumen yang dipohon.

Penyata atau dokumen yang diminta bukan dalam bentuk kertas yang memerlukan kos tambahan termasuk sampul surat dan setem untuk dihantar kepada pelanggan tetapi hanya berbentuk digital yang boleh dihantar melalui e-mel tanpa kos tambahan pada RHB.

Pelanggan sepatutnya tidak dibebankan dengan kos yang dicipta sendiri oleh pengurusan operasi semata-mata untuk mengejar Petunjuk Prestasi Utama (KPI) oleh jabatan masing-masing.

Oleh itu, Bank Negara Malaysia (BNM) serta agensi-agensi berkaitan perlu memantau bank-bank yang mengenakan caj tidak munasabah sebegini.

TENGKU MAN
Senawang