Namun, sejak akhir-akhir ini pelanggan saya amat berkurangan sekali. Akibatnya, pendapatan saya juga merudum.

Dari kiraan yang dibuat, kemungkinan besar saya terpaksa gulung tikar pada akhir Disember ini.

Kalau saya hendak tukar kerja dengan umur sudah melebihi 65 tahun, manakan mampu.

Umur macam saya mahu makan gaji pun tidak ada syarikat yang mahu terima.

Saya dapati ketiadaan pelanggan disebabkan rakyat kini tiada kuasa membeli.

Kebanyakannya adalah dalam kalangan orang Melayu sendiri.

Orang Melayu kini kembali susah hidup mereka. Ekonomi mereka tidak bergerak.

Kerajaan dan menteri yang duduk senang-lenang dengan gaji lumayan tidak sedarkah kesusahan rakyat bawahan masa kini?

Lakukanlah sesuatu. Anda kerajaan dan menteri boleh tidur lena tetapi kami rakyat bawahan merana.

Saya juga merayu sultan dan raja Melayu tegur-tegurlah kerajaan dan menteri supaya turun padang dan bela nasib rakyat.

Walaupun keluhan dan rayuan saya ini kemungkinan besar tidak mendapat perhatian kerajaan atau menteri, namun saya yakin ramai lagi rakyat yang senasib dengan saya.

Malah jiran saya juga menghadapi masalah apabila syarikat besar tempat dia bekerja terpaksa menghentikan operasi dan jiran berkenaan terpaksa pulang ke kampung dan kini cuba mencari pekerjaan tetapi setelah empat bulan masih gagal. Sungguh sedih dan pilu hati ini.

 

WARGA USANG

Pahang