Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Harga dikenakan mahal 50 sen

SAUDARA PENGARANG,

SAYA menggesa pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk memantau peniaga gerai di Pusat Penjaja Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur.

Ini berikutan sebahagian besar daripada 34 gerai makan di pusat penjaja tersebut didapati mengenakan harga lebih tinggi berbanding harga yang dipaparkan di papan harga atau buku menu mereka.

Kebanyakan peniaga mengenakan harga 50 sen lebih tinggi daripada kadar harga yang dipamerkan kepada pengunjung seolah-olah tanda harga itu sekadar umpan sahaja. Mereka cuba mengaburi pelanggan dengan menggambarkan seolah-olah harga makanan dan minuman di gerai masing-masing lebih murah.

Sebagai contoh, harga semangkuk tom yam yang dipamerkan adalah RM5 tetapi pelanggan dicaj RM5.50 ketika membuat bayaran. Begitu juga dengan harga minuman dan makanan lain yang dinaikkan 50 sen berbanding harga asal.

Sekiranya makanan itu berharga RM4.50 apabila dibuat bayaran akan menjadi RM5.

Apabila ditanya tentang perkara itu, peniaga memaklumkan bahawa papan harga dan buku menu berkenaan adalah harga tahun lalu dan belum diperbaharui lagi. Harga yang dikenakan kepada pelanggan untuk tahun ini adalah harga baharu.

Lebih mengecewakan lagi, kebanyakan gerai berkenaan dikendalikan oleh warga asing seperti Indonesia, Thailand dan Bangladesh yang mana apabila dipertikaikan bab harga, mereka meletakkan kesalahan itu kepada pihak majikan.

Saya akui kawasan penjaja itu telah melalui transformasi iaitu daripada deretan gerai di tepi lorong pejalan kaki empat tahun lalu kini dinaik taraf kepada pusat penjaja. Namun itu tidak mencukupi.

Transformasi mentaliti juga perlu ditekankan agar penjaja Melayu tidak terlalu ghairah untuk membuat keuntungan dan ingin menjadi tauke sahaja tanpa ada rasa tanggungjawab kepada pengguna dan negara.

PENGGUNA CELIK

Sri Permaisuri, Kuala Lumpur

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain