Walau bagaimanapun, saya merasakan tidak perlu untuk memanjangkan isu berkenaan berikutan ia telah pun selesai apabila saya membuat bayaran tunggakan.

Saya lihat tiada apa yang boleh Celcom bantu sekali pun jika saya memberikan maklumat seperti diminta.

Cuma saya harapkan Celcom lebih ‘mesra’ kepada pelanggan terutama yang setia dengan talian itu selama berpuluh tahun.

Celcom tidak rugi apa-apa pun jika saya seorang menamatkan perkhidmatan talian tetapi hargailah kesetiaan ribuan pelanggan lain.

PELANGGAN CELCOM

Ampang