Namun, rata-rata penduduk Pantai Timur sudah lali dengan situasi sebegini dan tidak kisah jika kerajaan Pusat mahu kembali kepada cara lama mentadbir dan hanya memberi fokus pembangunan kepada Lembah Klang sahaja.

Ditambah pula dengan pegangan kerusi besar oleh orang bukan Melayu, penduduk Melayu Pantai Timur juga tidak berasa janggal jika penempatan orang bukan Melayu khususnya di Perak Selatan, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor menjadi keutamaan.

Biarlah anak-anak kami terus hidup menjadi perantau untuk mencari rezeki, biarlah negeri-negeri kami digambarkan sebagai ‘mundur, terkebelakang dan konservatif’ sekali pun.

Kami menerima keputusan pilihan raya yang mengembalikan pentadbiran yang menganaktirikan Pantai Timur, Sabah dan Sarawak kerana itulah konsep demokrasi sekali pun kemenangan itu tipis.

Menang tetap menang, yang kalah ‘hadam’ sahaja apa pun yang berlaku.

Penduduk di negeri lain jangan risau, sejak sebelum merdeka lagi orang Melayu Pantai Timur hidup sebagai pejuang walaupun dalam kesusahan dan sehingga kini cucu-cicit pejuang-pejuang itu masih bernyawa.

Apa pun, terima kasih kepada semua pemimpin yang cuba memperjuangkan nasib kami selama ini tidak kira dari parti mana sekali pun.

Itulah adat perjuangan, mungkin memang bukan ‘rezeki’ kami merasa kemudahan ECRL.

CUCU PAHLAWAN

Pasir Puteh, Kelantan