Satu drama yang memberi pengajaran dan mesej yang kuat terhadap aspek isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) terutama sekali bagaimana menguruskan jenazah apabila seseorang yang telah menukar jantina meninggal dunia sebagai lelaki atau wanita.

Saya bagaikan menonton sebuah filem. Pada pandangan saya, drama ini boleh diangkat menjadi sebuah filem. Mungkin boleh ditambah elemen-elemen psikologi bagaimana seseorang itu boleh terjebak dalam kancah sebegitu.

Boleh juga dimasukkan cara membantu mereka secara perubatan dan psikologi. Syabas juga kepada barisan pelakon yang telah mewarnai watak-watak tersebut dengan sangat berkesan.

WAN ZAKIAH

Shah Alam, Selangor