Oleh kerana purata jangka hayat rakyat Malaysia adalah sekitar 75 tahun, seseorang itu memerlukan simpanan hari tua dan penjimatan untuk bertahan antara 15 dan 20 tahun.

Kita sedia maklum, umur persaraan untuk rakyat Malaysia adalah 60 tahun tetapi masih ramai yang mampu bekerja dan yang tidak bersedia untuk bersara (terutama dalam bidang pendidikan).

Ini penting dan bagi menampung keperluan untuk terus hidup dalam kos sara hidup yang tinggi dan meningkat.

Isu diskriminasi usia adalah sesuatu yang hidup dan segar di Malaysia. Seorang pendidik muda mungkin diberitahu bahawa dia tidak boleh menjadi seorang profesor.

Manakala seorang pendidik dalam usia 50-an mungkin dimaklumkan bahawa institut hanya memerlukan graduan yang bertenaga dengan rekod perkhidmatan yang cemerlang.

Sementara seorang pekerja menghampiri usia 60 tahun mungkin dinasihatkan untuk memberi peluang kepada orang lain dari menghadiri persidangan atau kursus, hanya untuk membenarkan dia berehat dengan tenang.

Malaysia masih tidak mempunyai akta atau undang-undang terhadap diskriminasi usia dari segi hal pengambilan dan pemberhentian pekerja, tugasan kerja, dan promosi.

Diskriminasi usia mungkin tidak disedari sepenuhnya di tempat kerja namun ia boleh dikesan menerusi beberapa peraturan yang dikenakan.

Antaranya seperti peluang melanjutkan pelajaran secara automatik ditawarkan kepada pekerja yang lebih muda, bukan yang lebih berusia.

Hal tersebut boleh tergolong dalam program kursus pendidikan, akses kepada pembayaran balik untuk pendidikan berterusan, kehadiran persidangan profesional atau industri dan sebagainya.

Selain itu, golongan pekerja agak berusia juga jarang-jarang diberi tugasan yang mencabar sebaliknya mereka hanya menerima tugasan yang mudah, ringan, serta yang membosankan.

Ada pula sesetengahnya dikecualikan terus daripada mesyuarat penting atau aktiviti institusi.

Malah lebih menyedihkan mereka diabaikan pula untuk kenaikan pangkat serta peningkatan terhadap gred kerja yang berbeza.

Anda mungkin berfikir bahawa tempat kerja anda adalah bebas daripada diskriminasi umur.

Ini kerana merasakan tiada petunjuk tentang diskriminasi usia diarahkan kepada anda oleh syarikat.

Namun jangan merasakan bahawa perkara tersebut tidak akan berlaku kepada anda di kemudian hari.

Sekiranya anda fikir bahawa anda masih bagus untuk organisasi tempat anda bekerja, maka sebaiknya anda haruslah membuat sedikit pelaburan bagi memastikan pertumbuhan dan perkembangan diri berterusan.

Banyakkan membaca mengenai trend dan amalan terbaik untuk diri sendiri, agar anda menjadi lebih baik secara berterusan setiap tahun.

Ini kerana tenaga kerja yang lebih tua dan berusia dikatakan mempunyai banyak pengetahuan industri dan institusi.

BEKAS PENDIDIK
Lembah Pantai