Buktinya, tindakan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) yang mengumumkan sokongannya terhadap amalan industri melarang wanita Islam bertudung daripada bekerja di bahagian hadapan hotel.

Ekoran pengumuman tersebut umat Islam serta pemimpin-pemimpin beragama Islam bangkit dan menyifatkannya sebagai satu penghinaan besar kepada umat Islam memandangkan Malaysia adalah sebuah negara Islam.

Jelas sekali pemimpin persatuan dan pengusaha hotel terbabit tidak menghormati sensitiviti penduduk setempat. Mereka sekadar mahu menggunakan tenaga buruh tempatan yang murah bagi melayan apa sahaja kehendak pelanggan berada khususnya dari luar negara.

Mereka sanggup mengetepikan perihal agama, sistem sosial mahupun gaji pekerja asalkan hotel mereka dapat memperoleh keuntungan besar setiap tahun. Disebabkan faktor itu juga ada pengusaha hotel yang menyediakan surau di tempat yang tidak sepatutnya.

Apapun saya akui bukan semua pengusaha hotel anti-Islam atau tidak mempedulikan kebajikan pekerja namun masih terdapat hotel-hotel yang sedemikian rupa.

Sehubungan itu, saya menyeru umat Islam mahupun penganut agama lain berkongsi menolak sebarang diskriminasi dan penindasan yang berlaku. Jika dikenal pasti, boikot sahaja hotel-hotel yang sebegini.

Asingkan mereka dalam kalangan pengusaha hotel yang benar-benar menghormati Islam dan bertanggungjawab serta mengambil berat perihal pekerja masing-masing.

Tujuannya adalah untuk mengelakkan imej industri perhotelan negara ini tidak tercemar disebabkan nila setitik. Saya juga meminta pemimpin MAH memohon maaf kepada semua umat Islam di negara ini atas kata-kata yang kurang ajar dan tidak sensitif itu.

Tidak masuk akal wanita Islam dilarang memakai tudung di tempat kerja. Tolong sedar diri, anda sekarang berada di Malaysia.

hamba allah

Shah Alam, Selangor