Lebih membimbangkan bila mana jenayah seksual terhadap kanak-kanak dilakukan oleh orang terdekat yang sepatutnya menjadi pelindung kepada kanak-kanak tersebut. Statistik 2018 mendedahkan daripada 639 kes jenayah seksual kanak-kanak, 73.4 peratus atau 469 kes didalangi oleh individu yang dikenali mangsa.

Individu seperti bapa, abang mahupun datuk yang sepatutnya memberikan perlindungan kepada golongan kanak-kanak ini, bukannya ibarat haruan makan anak.

Pada 2 Julai lalu kita digemparkan dengan kejadian seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun menjadi mangsa rogol anak lelaki pengasuhnya berumur 12 tahun. Kejadian terbongkar apabila kanak-kanak terbabit mengadu sakit pada kemaluannya.

Isu jenayah seksual melibatkan kanak-kanak tidak harus dipandang enteng sebaliknya semua pihak harus memainkan peranan membanteras jenayah ini.

SYIDATUL AKMA SULAIMAN
Pensyarah