Mungkin ramai tidak sedar bahawa pendedahan cahaya daripada telefon pintar boleh mengurangkan waktu tidur sebanyak dua kali berbanding kesan minum kopi. Dengan kata lain, cahaya telefon pintar berkeupayaan mengurangkan hormon melatonin yang selama ini membantu kita untuk tidur dengan lebih nyenyak.

Justeru, sebaiknya-baiknya telefon pintar tidak dibawa ke bilik tidur kerana kesan radiasi daripada cahaya yang keluar daripada skrin telefon pintar sangat membimbangkan terutama terhadap kesihatan mata. Letaklah telefon pintar di bilik lain agar tempoh tidur kita tidak terjejas.

Dalam pada itu, kesan psikologi kepada pengguna telefon pintar ialah mereka tidak dapat bersosial dan berinteraksi dengan baik dalam bermasyarakat. Apabila berlaku ketagihan melampau, pengguna telefon pintar akan tersisih daripada kegiatan bermasyarakat. Inilah implikasi yang akan berlaku sekiranya ketagihan menggunakan telefon pintar gagal dibendung.

PROF. MADYA DR. ISMAIL ABDULLAH
USIM