Disyorkan sebagai permulaan, Kementerian Pendidikan memilih sebuah sekolah bagi dijadikan pusat di sesebuah daerah dengan menawarkan pilihan bahasa ketiga.

Bahasa yang difikirkan sesuai selain Mandarin adalah Arab, Jepun, Perancis dan Jerman. Kesemua ini mempunyai merit dalam pasaran antarabangsa. Kita mahu akses yang lebih luas kepada para pelajar dalam aspek penguasaan bahasa. Penawaran ini boleh bersifat sebagai satu nilai tambah bagi pelajar yang berminat.

Diharapkan dengan pelaksanaan program ini, ia mampu membentuk karakter pelajar yang lebih berkualiti dan mampu bersaing di pentas global.

MOHD. FIRDAUS
ABD. MUNIR
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Bentong, Pahang