Mungkinkah sudah melangkaui RM1 bilion?

Memandangkan saya pun cuma dalam kategori B40, saya cuma boleh melihat dan menggeleng kepala tindakan orang ‘berduit’ menderma kepada kerajaan sedangkan yang jadi wakil rakyat itu rata-ratanya jutawan.

Golongan B40 seperti saya cuma boleh bayangkan jika duit berjuta ringgit itu disalurkan untuk membantu fakir miskin khususnya dalam latihan keusahawan dan hidup berdikari.

Namun, memandangkan menolong orang-orang kaya dalam kerajaan menyelesaikan hutang negara lebih penting, kami warga B40 perlu belajar berdikari sendiri daripada mengharapkan bantuan orang politik.

Semoga mereka berjaya mengumpulkan RM1 trilion untuk selesaikan hutang tersebut dan mungkin lebih lagi utk membantu projek Kereta Nasional Ketiga.

 

Manap B40

Segambut