Tetapi tahun ini berbeza. Saya beri contoh calon Siti Kasim. Tahun lepas beliau memperoleh 1,450 undi dan menduduki tempat ke-12. Tahun ini, jumlah undi kepadanya meningkat kepada 1,748 tetapi kedudukannya jatuh ke tangga ke-17 sekali gus menyebabkan beliau tersingkir.

Apa yang berlaku ialah jumlah yang mengundi meningkat mendadak daripada 3,279 pada tahun lepas kepada 5,512 pada tahun ini. Ini menunjukkan ‘majoriti senyap’ yang selama ini malas nak mengundi dan malas ambil tahu mula bangun menunjukkan sikap dan pendirian mereka.

Soalnya kenapa bangkit? Ayahanda saya (seorang kaunselor berdaftar) pernah bercerita bahawa antara sikap asas manusia adalah kita suka mengikut trend atau bersama dengan majoriti. Dalam psikologi, ia dipanggil social proof. Ia menunjukkan bahawa manusia mudah terpengaruh dengan persekitaran dan pandangan sekeliling semasa membuat keputusan. Istilah ini diperkenalkan oleh Dr. Robert Cialdini pada 1984 melalui bukunya, Influence.

Keadaan inilah yang sebenarnya berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Trend ketika itu adalah menyokong Tun Dr. Mahathir Mohamad ialah cool, mengidolakan Lim Guan Eng adalah elegan tetapi mempertahankan Datuk Seri Najib Tun Razak adalah ‘macai’. Soal fakta sudah jatuh nombor dua kerana kedudukan nombor satu adalah trend.

Atas sebab itu saya sangat mempertahankan perhimpunan #DaulatHimpunan812 . Pemilihan Majlis Peguam yang berjaya dikuasai golongan pro-status quo menunjukkan bahawa rakyat hanya mahu atau berani bersuara dan bertindak jika mereka tahu mereka tidak bersendirian.

ABDUL RAHIM HILMI
Peserta Himpunan 812