Analisis data tinjauan diambil dari lebih 12 negara termasuk Amerika Syarikat (AS), Mexico dan Australia. Berdasarkan hasil kajian, orang yang aktif dalam keagamaan biasanya lebih bahagia dan mempunyai lebih kesedaran sivik

Ini bermaksud mereka lebih cenderung melakukan perkara-perkara seperti mengundi dalam pemilihan atau menyertai kumpulan masyarakat berbanding mereka yang tidak mengamal atau tidak terlibat aktif dalam aktiviti sedemikian.

Kajian juga mendapati penglibatan dalam jemaah keagamaan adalah bertepatan dengan beberapa pilihan gaya hidup lebih sihat .

Contohnya, mereka yang ‘beragama’ dilaporkan kurang merokok atau kurang melakukan maksiat berbanding mereka yang ‘kurang beriman’.

Mereka yang beragama tidak akan menipu, mencuri, berkelakuan buruk, tahu tentang pahala dan dosa, mungkar dan nangkir.

Walau bagaimanapun, faedah dan kelebihan kesihatan tidak dapat dilanjutkan ke bidang kehidupan yang lain.

Ini kerana kajian mendapati orang-orang keagamaan tidak sihat dari segi kekerapan bersenam dan kadar obesiti, dan dilaporkan mempunyai kesihatan tidak ‘mesra’.

Untuk memahami hubungan antara keagamaan dan kebahagiaan, penyelidik mengkategorikan mereka dalam tiga kumpulan.

Pertama, aktif agama atau mereka yang menghadiri aktiviti keagamaan sekurang-kurang sebulan sekali.

Kedua, tidak aktif agama iaitu mereka yang memperakui agama tetapi sering tidak menghadiri aktiviti sedemikian.

Dan ketiga, tidak beragama iaitu orang yang tidak mengenal pasti atau memperakui agama.

Kajian ini kebanyakannya berdasarkan kepada data tinjauan dari negara penganut Kristian sebagai agama yang menggalakkan penglibatan dalam perkhidmatan keagamaan.

Namun data dari beberapa negara dan wilayah Afrika serta Asia juga dianalisis.

Penyelidik mendapati lebih daripada satu pertiga orang dewasa yang aktif agama di AS menggambarkan diri mereka sebagai sangat gembira.

Tiada satu pun laporan dari negara terlibat merakamkan mereka yang aktif dalam keagamaan kurang bahagia daripada yang tidak aktif.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa negara di mana penglibatan agama berkorelasi dengan sedikit perbezaan kebahagiaan.

Tinjauan menunjukkan bahawa ramai yang aktif dalam aktiviti keagamaan akan turut membabitkan diri secara sukarela dalam organisasi lain.

Atau, mereka yang terlibat dalam jemaah keagamaan mungkin lebih bahagia kerana mendapat manfaat daripada hubungan sosial yang dibina.

AZIZI AHMAD

Kuala Lumpur