Terbaru, penasihat kepada Menteri Kewangan Pakatan Harapan, Tony Pua pula menyatakan keyakinan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dikitar semula akan menurunkan harga barang.

Hari pertama pelaksanaan semula SST boleh dikatakan semua harga barang naik, bukan sahaja naik sebanyak enam atau 10 peratus malah ada yang lebih daripada itu apabila peniaga menggunakan alasan pelaksanaan SST untuk menaikkan harga dan mengaut untung mudah.

Rakyat masih menunggu ‘suara’ Tony Pua, menteri dan kementerian berwajib. Adakah mereka ini masih tidur atau memang tidak berani bertindak ke atas peniaga yang ‘menaja’ kempen mereka ketika PRU-14?

RENJER KUASA

Kuala Lumpur