Semalam, ECER memeterai perjanjian dan memorandum persefahaman (MoU) melibatkan nilai pelaburan sebanyak RM9.9 bilion dengan 14 pelabur asing. Ia melibatkan sektor utama seperti pembuatan, pelancongan, bio-ekonomi dan hartanah.

Melalui perjanjian itu, ia dijangka mewujudkan lebih banyak peluang keusahawanan dan pekerjaan kepada penduduk di kawasan pantai timur melibatkan Pahang, Terengganu dan Kelantan. Sudah pasti ia sekali gus akan meningkatkan taraf ekonomi mereka yang majoriti terdiri daripada orang Melayu.

Oleh itu, Awang berharap penduduk-penduduk di kawasan berkenaan akan terus merebut pelung yang terhasil melalui ECER dan tidak terpengaruh dengan sebarang dakyah oleh pihak-pihak tertentu.

Bagi Awang, apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah semata-mata demi masa depan mereka dan mahu meletakkan pantai timur antara wilayah termaju di negara ini. Justeru jangan biarkan niat murni kerajaan dirosakkan oleh mana-mana kelompok yang cuba menghasut rakyat dengan mainan politik sempit.

AWANG – Tumpang gembira.