Malah sudah berlanjutan sekian lama tetapi sehingga kini pihak berkuasa masih buntu untuk membanteras perbuatan yang  mengeksploitasi golongan tersebut.

Sementara Awang bersetuju dengan kenyataan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh bahawa orang ramai diminta berhati-hati dengan gejala itu, Awang berpendapat langkah lebih tegas perlu dilakukan.

 Undang-undang bagi membanteras perbuatan itu memang ada iaitu di bawah Seksyen 32 Akta Kanak-Kanak 2001 yang melarang kanak-kanak digunakan untuk ‘mengemis’ walaupun melalui persembahan di tempat awam atau penjajaan. 

Cuma persoalannya bagaimana dari segi penguatkuasaan? Perlu diingat, dalam soal mengemis ini bukan sahaja kanak-kanak dieksploitasi, orang cacat penglihatan dan warga emas juga tidak terkecuali. 

Oleh itu sudah sampai masanya kerajaan melancarkan satu kempen seperti mana larangan merokok di gerai-gerai makan dan restoran. Kementerian berkaitan perlu mengeluarkan satu poster atau kenyataan tidak boleh mengemis untuk ditampalkan di premis-premis. 

 Awang percaya melalui cara itu ia akan menyedarkan orang ramai agar tidak memberi sumbangan, sekali gus menghapus gejala minta sedekah dalam kalangan kanak-kanak, orang cacat penglibatan dan warga emas.

AWANG - Tidak pernah mengemis.