Zakat itu merupakan sumbangan UMW Group dan disampaikan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Yang turut hadir, Pengerusi UMW Group, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Penerima terbabit terdiri daripada 150 anak mukim Kampung Permatang Sungkai, Kampung Permatang Rambai (130 penerima), Kampung Seligi (120 penerima), Kampung Panggong (41 penerima) dan pelajar pondok Sri Permai (76 penerima).

Asyraf Wajdi ketika berucap dalam majlis itu berkata, majlis penyerahan bantuan zakat amat sesuai dilangsungkan di masjid dalam usaha mengajak ahli kariah setempat berada dalam satu jemaah selain mendekatkan diri dengan rumah Allah SWT.

Selain itu beliau berkata, hubungan sesama saudara seIslam perlu diperkukuhkan selain perlu terus berusaha menjadikan masjid sebagai pusat ilmu dan institusi masyarakat yang aktif. - UTUSAN ONLINE