Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz berkata, pembinaan tokong Cina itu dilakukan di atas tanah milik kerajaan.


“Pemilik berjanji untuk merobohkannya selepas perayaan Tahun Baharu Cina tetapi gagal berbuat demikian. Oleh itu, kita telah membantu pejabat tanah daerah Klang merobohkannya binaan tokong Cina ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Kelmarin, tindakan tidak bertanggungjawab individu bukan beragama Islam telah membina sebuah tokong Cina menyerupai masjid itu telah menimbulkan kemarahan penduduk.


Tokong yang siap dibina Jumaat lalu itu bukan sahaja dicat dengan warna hijau dan kuning, tetapi lengkap dibina dengan kubah serta bulan sabit yang kebiasaannya menjadi simbol bagi sesebuah masjid.- UTUSAN ONLINE