Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Harapan Palestin terhadap Masjidilaqsa

NEGARA-NEGARA Islam dan OIC seharusnya memainkan peranan lebih 3
NEGARA-NEGARA Islam dan OIC seharusnya memainkan peranan lebih aktif dan jitu bagi mempertahann Masjidilaqsa.

DEMI masa depan Masjidilaqsa, berikut antara harapan umat Islam, khususnya penduduk Palestin:

1. Harapan terhadap Pihak Berkuasa Palestin dan Badan Pembebasan

  • Menghentikan perjanjian damai dengan Israel, termasuk sebarang inisiatif yang boleh menghilangkan hak-hak rakyat Palestin secara halus, menolak sebarang tuntutan ke atas Masjidilaqsa, menghulurkan bantuan pembelaan di Tebing Barat dan melepaskan tali penghalang demi kesatuan dan usaha sama membela tempat ibadat suci itu.

2. Harapan terhadap Kerajaan Jordan

  • Kerajaan Jordan mempunyai tanggungjawab besar selaras dengan perjanjian yang dicapai antara Jordan dan Israel berhubung Masjidilaqsa.
  • Diharapkan dapat menghentikan sebarang serangan terhadap Masjidilaqsa, menggalakkan pembelaan terhadap rumah Allah itu.
  • Konsisten bertindak pada peringkat antarabangsa bagi menolak sebarang usaha sama dan perjanjian dengan Israel, menyokong Yayasan Jordan untuk mempertahan Masjidilaqsa.
  • Menjadi penghubung bersama dengan badan-badan Arab, Islam dan antarabangsa serta menyatukan impian Palestin dalam urusan mempertahan Masjidilaqsa supaya menjadi barisan hadapan yang gagah bagi menghadapi penjajah.

3. Harapan terhadap Kerajaan-Kerajaan Arab dan Islam

  • Diharapkan dapat menjadikan isu Palestin dan Masjidilaqsa sebagai isu umat dan dunia Islam keseluruhannya,
  • Berganding bahu dengan rakyat Palestin membela dan mempertahan Masjidilaqsa, menyokong gerakan rakyat Palestin menentang penjajah, bergerak dan menekan penjajah, menghentikan sebarang cubaan perdamaian melalui apa sahaja tajuk usaha penjajah.
  • Melaksanakan keputusan Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi menyediakan tabung bantuan Al-Quds dan Al-Aqsa serta mewujudkan organisasi yang mantap bawah OIC.

4. Harapan terhadap Liga Arab dan OIC

  • Mengukuhkan pendirian mereka dari sudut politik dan lapangan lain bagi menuntut jawapan terhadap pelbagai ancaman di sekitar Baitulmaqdis, tidak menyembunyikan sebarang konsesi berkaitan yang berlaku di sebalik tabir rundingan dan kompromi.
  • Bekerjasama menghentikan sebarang bentuk pencabulan Israel, menjadikan pejabat dan organisasi mereka berupaya membantu perjuangan membebaskan Masjidilaqsa demi kesuciannya serta menjadikan semua keputusan mereka untuk membantu pembebasan serta menekan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk melaksanakan keputusan mereka terhadap Israel.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain