Ketua Murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint­ 16(1), Mior Adha Najmi Mior Akram, 17, berkata, intipati program tersebut memberi manfaat kepada para pelajar terutamanya tentang penceritaan yang terkandung di dalam al-Quran.

“Program ini berupaya me­nerapkan nilai-nilai murni dalam jiwa kami untuk membaca dan menghayati maksud ayat dalam al-Quran, sekali gus mendidik kami menjadi insan berguna,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.

Rakannya, Nursabrina Hanani Mohamed Adzlan, 17, berpendapat, program ini sangat baik untuk mendekatkan diri dengan Allah dan menimbulkan kesedaran pada diri setiap pelajar.

Bagi Allysha Zull Hizam dan Megat Danish Megat Azman pula, sambutan Malaysia #QuranHour harus diadakan lebih kerap pada masa-masa akan datang untuk menggalakkan generasi muda mencintai al-Quran dan memahami terjemahannya.

Kata mereka, selain daripada mengeratkan hubungan sila­turahim dalam kalangan pelajar dan pendidik, mereka juga dapat menterjemahkan ajaran murni yang terkandung di dalam al-Quran itu sebagai panduan hidup.

Hari ini, seramai 900 pelajar, guru dan kakitangan SMK Presint 16 (1) menyertai program Malaysia #QuranHour.