Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Al-Aqsa: ancaman, masa depan dan harapan!

UMAT Islam Palestin sentiasa menunjukkan solidariti  dalam mempertahan 6
UMAT Islam Palestin sentiasa menunjukkan solidariti dalam mempertahan Masjidilaqsa daripada pencerobohan Zionis Yahudi.

SETIAP umat Islam dituntut untuk sampai ke Masjidilaqsa, seperti sabda Rasulullah SAW: “Janganlah perjalanan itu memberatkan (kamu) kecuali ke tiga masjid iaitu Masjidilharam, Masjid Rasulullah SAW (Masjid Nabawi), dan Masjidilaqsa di Palestin,” - Sahih Bukhari

Masjidilaqsa mulia kerana kelebihan-kelebihan yang dimilikinya. Ia pernah menjadi kiblat pertama umat Islam selama kira-kira 14 tahun, ada pendapat lain mengatakan selama 17 tahun. Kemuliaannya juga kerana ia menjadi destinasi persinggahan Rasulullah SAW dalam peristiwa Israk Mikraj pada 622 Masihi. Peristiwa agung ini tercatat dalam surah al-Israa’, ayat 1.

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (Mekah) ke Masjidilaqsa (Baitulmaqdis), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihat kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Masjidilaqsa juga adalah binaan ibadat kedua dibina di muka bumi selepas Masjidilharam di Mekah.

“Saya pernah bertanya kepada Rasulullah, wahai Rasulullah, masjid apa yang pertama dibangunkan di muka bumi? Baginda bersabda, Masjidilharam. Saya bertanya lagi, kemudian apa? Baginda bersabda, Masjidilaqsa. Saya bertanya lagi, berapa lama antara kedua-duanya? Baginda bersabda, empat puluh tahun,” - Mutafaq Alaih.

MENJADI REBUTAN PENGANUT AGAMA SAMAWI

Kerana kemuliaannya ia menjadi rebutan tiga agama samawi terbesar dunia, Islam, Kristian dan Yahudi. Jika Islam berbangga kerana Masjidilaqsa menjadi kiblat pertama umat Islam dan destinasi Mikraj Baginda SAW, Kristian pula meyakini di situ tempat Nabi Ibrahim a.s. mengorbankan anaknya Ishak, sementara Yahudi percaya kitab Taurat Nabi Musa a.s. berada di bawah Dome of the Rock selain percaya inilah tanah yang dijanjikan buat mereka oleh Allah.

Palestin dari sudut sejarah awalnya didiami kaum Kanaan yang menghuni tanah ini kira-kira 1,800 tahun Sebelum Masihi. Mereka adalah penduduk asal yang berasal dari wilayah Arab sebelum kedatangan keluarga besar Nabi Ibrahim a.s. dan keturunan Bani Israel yang dimulai daripada Nabi Yaakob a.s.

Kota Baitulmaqdis ini pernah berada bawah pemerintahan Romawi Byzantine sebelum dibuka semula oleh Khalifah Umar al-Khatab r.a. pada tahun 638 Masihi menerusi Perjanjian Omaria Treaty. Sejak itu kota suci yang berada bawah naungan Islam memberikan kemakmuran kepada penduduknya.

Bagaimanapun, kejatuhan empayar Uthmaniyah dan percaturan jahat British menyaksikan tanah-tanah berkat ini didatangi Yahudi Zionis yang sebenarnya sudah pun hancur dan bertaburan di seluruh dunia.

Sejak itu Palestin yang menempatkan Masjidilaqsa, nasib dan masa depannya tidak lagi menentu. Sejak hampir 70 tahun Zionis Yahudi tidak henti-henti berusaha untuk mengambil alih tempat ini dan mengusir penduduk Islam buat selama-lamanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain