Pemasyhuran beliau akan disempurnakan oleh Canselor USIM, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

Pusat Komunikasi Strategik USIM dalam satu kenyataan media berkata, pemasyhuran itu diadakan sempena Istiadat Pembukaan Majlis Konvokesyen Ke-16 USIM pada hari tersebut.

“Bekas Ketua Hakim itu bakal dilantik sebagai Pro-Canselor USIM bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 15 Julai ini hingga 14 Julai 2021. Pelantikan beliau dibuat oleh Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik,” katanya di sini hari ini.

Baru-baru ini Zaki mencipta sejarah membanggakan apabila dilantik sebagai Ketua Hakim Mahkamah Tengah Kewangan Antarabangsa Dubai.

Sementara itu, menurut kenyataan tersebut, seramai 2,712 graduan akan menerima ijazah mereka dalam bidang masing-masing iaitu di peringkat Sarjana Muda, Diploma Ijazah, Sarjana, dan Doktor Falsafah (PhD).

“Majlis konvokesyen pada tahun ini akan berlangsung sebanyak lima sidang selama tiga hari bermula Selasa hingga Khamis ini. - UTUSAN ONLINE