Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

YBK sasar bantu 10,000 pekerja mahir lulusan diploma genggam ijazah

YBK sasar bantu 10,000 pekerja mahir lulusan diploma genggam ijazah
DATUK ZAINAL ABIDIN SAKOM

SHAH ALAM 15 Mac - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) menyasarkan membantu 10,000 pekerja mahir berkelulusan diploma melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sebagai usaha meningkatkan taraf hidup golongan berkenaan.

Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom berkata, langkah itu berikutan 1.4 juta pekerja mahir yang memiliki diploma dalam pelbagai disiplin kemahiran tidak dapat meningkatkan kemajuan kerjaya kerana terpaksa bersaing dengan pekerja lepasan ijazah.

Beliau berkata, YBK kini dalam peringkat akhir memohon lesen daripada kerajaan untuk menjadi penganjur kepada program pengijazahan pekerja mahir diploma kemahiran yang akan dilaksanakan dengan kerjasama universiti tempatan.

"Kita lihat banyak pekerja mahir yang mempunyai lebih 15 tahun pengalaman dalam pelbagai kemahiran tidak dapat pergi jauh, masih ditakuk lama kerana persaingan.

"Diharapkan setelah mendapat lesen penganjur itu nanti, sebagai permulaan sekurang-kurangnya 1,000 pekerja mahir diploma yang berminat dapat dibantu untuk menggenggam ijazah dan sasaran 10,000 pekerja mahir pula untuk jangka panjang," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Menurut Zainal Abidin, usaha meningkatkan taraf hidup golongan itu untuk jangka masa panjang merupakan antara inisiatif baharu YBK sempena sambutan ulang tahun ke-27 penubuhannya pada 26 Mac ini.

Beliau juga berkata, YBK turut membantu menganalisis pelbagai isu dan faktor penyumbang kepada kewujudan golongan miskin bandar untuk disalurkan kepada kerajaan.

Katanya dengan cara ini, kadar kemiskinan sebenar di bandar dan kota besar dapat diteliti supaya bantuan sewajarnya dapat disalurkan kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan beban mereka.

Dalam pada itu, beliau berkata, mulai tahun ini, YBK juga akan menggerakkan segala sumber yang ada dan berkongsi pelbagai pengalaman membasmi kemiskinan untuk memberi input signifikan bagi menjayakan wawasan Transformasi Nasional 2050 (TN50).

"Segala program yang kita telah jalankan sebelum ini seperti Asrama Kasih YBK, pusat latihan YBK, sinar kasih Ramadan dan pelbagai lagi akan diteruskan kerana ia memberi hasil yang memberangsangkan untuk membantu masyarakat.

"Program-program ini juga dilihat boleh menjadi antara inisiatif kita untuk bantu kerajaan capai hasrat TN50 itu kelak," katanya. - BERNAMA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain