Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, memberikan tugasan universiti kepada orang ketiga juga merupakan satu jenayah akademik yang sama seperti amalan plagiat.

“Kita (Kementerian Pendidikan) tidak akan bertoleransi dalam jenayah akademik,” katanya ketika ditemui selepas tinjauan hari pertama sesi persekolahan Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 14(1) di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan khas Utusan Malaysia hari ini mengenai jenayah akademik sehingga sanggup mengupah pihak ketiga bagi menyiapkan tugasan dan laporan universiti sehingga selesai. - UTUSAN ONLINE