Timbalan Naib Canselor Jaringan dan Industri Masyarakat USM, Prof. Dr. Abdul Rahman Mohamed berkata, satelit berkenaan dibangunkan sekumpulan penyelidik dan pelajar sarjana Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa USM bermula tahun lepas.

Katanya, projek yang menelan kos RM250,000 itu dijangka dilancarkan tahun depan.

“Satelit ini berkemampuan mencerap gangguan gelombang magnetik di angkasa yang boleh menentukan kejadian gempa bumi dan tsunami sebelum di hantar ke stesen di USM,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Projek, Dr. Norilmi Amilia Ismail berkata, kejadian gempa bumi dan tsunami boleh diramal menerusi satelit tersebut dalam tempoh antara tiga bulan hingga tiga minggu sebelum berlaku.

Katanya, satelit yang dinamakan Malaysian Youth Satellite itu berupaya meramalkan bencana alam berkenaan meliputi beberapa negara Asia Tenggara termasuk Indonesia, Singapura, Thailand, Brunei dan Vietnam. - UTUSAN ONLINE