Naib Presiden Kanan Pemerkasaan Industri, Universiti Limkokwing, Datuk Raja Aznil Raja Hisham berkata, biasiswa itu ditawarkan oleh Yayasan Limkokwing melalui program Biasiswa Kecemerlangan Kreatif Limkokwing.

Beliau berkata, permohonan bagi mendapatkan biasiswa itu dibuat secara terbuka dan tidak terhad kepada pelajar yang mendapat semua A dalam peperiksaan namun, pelajar yang aktif dan berkebolehan akan mendapat kelebihan.

“Biasiswa ini tidak terhad kepada pelajar cemerlang semata-mata, tetapi jika mereka mempunyai kebolehan dalam bidang tertentu termasuk mewakili sekolah dalam program debat kebangsaan digalakkan untuk memohon.

“Pelajar yang mempunyai sifat kepimpinan dan aktif dalam aktiviti kurikulum juga akan dipertimbangkan. Kita di sini tidak melihat kepada jumlah A yang mereka dapat dalam sesuatu peperiksaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Raja Aznil, biasiswa tajaan penuh dan separa itu hanya termaktub untuk yuran pengajian dan tidak merangkumi bayaran penginapan, pengangkutan dan perbelanjaan pelajar terbabit. -UTUSAN ONLINE