Perwakilan universiti itu ialah membabitkan tujuh mahasiswa dan seorang pensyarah pengiring, Dr. Jonny Wongso.


Lawatan ini merupakan salah satu aktiviti tahunan susulan dari Memorandum Persefahaman (MoU) di antara UiTM dan universiti berkenaan yang telah ditandatangani pada 11 Ogos 2017.

Lawatan dijalankan selama dua meliputi program syarahan telah diadakan di Dewan Kuliah FSPU, disampaikan oleh Dr. Jonny Wongso dengan tajuk: Menggali Kembali Kearifan Lokal dalam Konsep Pembinaan Rumah Gadang.

Selain itu, Pensyarah Senibina FSPU, Prof. Dr. Sabarinah Sheikh Ahmad turut menyampaikan syarahan bertajuk: Smart and Green Architecture. 

Delegasi rumpun nusantara ini juga telah dibawa untuk melawat dan menjelajah keindahan dan keunikan seni bina bangunan-bangunan di Malaysia seperti Bangunan MITI Tower, Masjid Negara dan KLCC. - UTUSAN ONLINE